Pengenalan

 

    Minyak wangi adalah campuran minyak wangi penting, aroma dan pelarut yang digunakan sebagai pewangi pada tubuh badan, objek atau ruangan. Ramai yang gemar memakai minyak wangi terutamanya wanita agar mereka dapat berpenampilan dengan lebih bergaya dan berkeyakinan diri. Bilangan dan jenis pelarut yang bercampur dengan minyak wangi dianggap sebagai ekstrak parfum, eau de parfum, eu de toilette dan eau de cologne. Ramai yang tertanya-tanya tentang hukum minyak wangi yang mengandungi alkohol. Bahkan, ada yang tidak bernai menggunakannya ketika solat. Persoalannya, apakah hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol di dalam Islam? Isu ini sering menjadi topik yang popular dari dulu hinggalah sekarang.


    Alkohol merupakan satu cecair yang dijadikan sebagai campuran bahan dalam minyak wangi dan minuman keras ataupun ubat-ubatan. Alkohol adalah tidak najis dan boleh digunakan di dalam solat jika kandungan alkohol tersebut dalam kadar yang sedikit dan tidak boleh dipisahkan dengan bahan asli.

    Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti terkandung di dalam alat solek dan wangi-wangian. Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan kimia iaitu etanol atau etil alkohol, metanol, dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras, ethanol merupakan bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak dicampurkan. 

    Alkohol yang digunakan di dalam perfume adalah ethanol tetapi bukan jenis yang sama yang terdapat di dalam minuman arak. Ia menggunakan 'Absolute ethanol' atau 'denatured alcohol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain yang menyebabkan ia tidak boleh diminum.


No comments:

Post a Comment

Alkohol Dalam Minyak Wangi

Alkohol Dalam Minyak Wangi

  POLITEKNIK KOTA BHARU DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM TAJUK: ALKOHOL DALAM MINYAK WANGI Assalamualaikum bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan...