Hukum menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol
Terdapat beberapa ulama yang membolehkan penggunaan minyak wangi beralkohol jika kadar alkoholnya sedikit. Tentulah ini hanya dapat diketahui oleh ahlinya.
Hukum memakai wangian dalam Islam adalah sunat bagi kaum lelaki. Manakala, bagi kaum wanita, mereka masih boleh memakai dengan syarat wangian tersebut mestilah tidak terzahir baunya, dalam erti kata lain bau yang tidak jelas sehingga menarik perhatian. Walau bagaimanapun, jika wangian yang dipakai wanita kuat dan jelas baunya, maka hukumnya adalah haram.
Selain itu, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh badan Fatwa Majlis Kebangsaan penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan dan minyak wangi adalah dimaafkan. Malahan, pembuatan makanan yang mengandungi alkohol tidak najis dan halal dimakan kerana proses menghasilkan alkohol tersebut bukan seperti cara menghasilkan arak dan kesannya tidak memabukkan dan tidak memudaratkan kesihatan. Fatwa ini dikeluarkan berpandukan kitab Al-Fiqh Al-Muzahibil Arbaah dalam bab Annajasat juzu 1 yang menyatakan alkohol yang diletakkan dalam minyak wangi bertujuan supaya bauannya tahan lama adalah dibolehkan. Selain itu, fatwa ini juga diwartakan berpandukan lembaga Fatwa Al-Azhar dimana perbincangannya yang panjang mencapai keputusan menyatakan sesuata yang dihasilkan melalui cara menghasilkan arak adalah haram dan alkohol yang menjadi sampingan dalam pembuatan minyak wangi adalah tidak najis dan halal digunakan serta dimaafkan.
No comments:
Post a Comment